Untuk Apa blog ni???


Blog adalah catatan individu @ kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingini nya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan @ berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger. 

Previous Post Next Post